LPNM

Portal Latihan Rantaian Nilai Industri Nanas LPNM

Soalan Lazim (FAQ)

Klik butang Daftar di bahagian kanan atas portal untuk membuka borang Pendaftaran Baru. Lengkapkan maklumat yang diperlukan, tanda persetujuan terma, kemudian klik Daftar. Untuk panduan langkah demi langkah, rujuk Panduan Pengguna.

Pastikan anda memasukkan Kad Pengenalan / No. Passport tanpa ruang atau simbol. Contoh: 901010011234 (bukan 901010-01-1234). Semak juga medan wajib lain telah diisi dan persetujuan terma telah ditanda.

Klik Log Masuk di penjuru kanan atas. Masukkan Kad Pengenalan/No. Passport dan Kata Laluan, kemudian klik Login. Jika anda belum ada akaun, klik Daftar terlebih dahulu.

Pergi ke halaman Log Masuk dan klik pautan Lupa Katalaluan?. Ikuti arahan yang dipaparkan untuk menetapkan semula kata laluan. Jika masih gagal, sila hubungi urus setia/sokongan.

Selepas log masuk, klik menu pengguna di penjuru kanan atas dan pilih Profil Saya. Kemas kini maklumat yang diperlukan, kemudian klik Kemaskini Profil. Pastikan emel dan nombor telefon adalah betul untuk tujuan notifikasi.

Klik menu pengguna di penjuru kanan atas dan pilih Ubah Kata Laluan. Masukkan Kata Laluan Semasa, Kata Laluan Baru dan Sahkan Kata Laluan Baru, kemudian klik Kemaskini Kata Laluan.

Selepas log masuk, klik menu Program. Pada halaman Senarai Program, pilih program yang dikehendaki dan klik butang Daftar. Selepas daftar, status biasanya akan menjadi menunggu pengesahan.

Ini bermaksud permohonan pendaftaran program anda telah dihantar dengan berjaya, tetapi masih perlu disahkan oleh pihak urus setia. Sila semak semula status dari semasa ke semasa melalui menu Program.

Pada Dashboard Peserta, pilih kotak hari program (contoh: Hari ke-1/Hari ke-2) dan klik Papar QR Check-in jika tersedia. Lengkapkan check-in mengikut arahan urus setia. Status kedatangan akan berubah kepada Hadir apabila direkodkan.

Kebiasaannya, seksyen Pembentang/Penceramah & Bahan hanya dipaparkan apabila kehadiran anda telah direkodkan sebagai Hadir. Pastikan anda telah membuat check-in dan semak status hari tersebut. Jika masih tidak dipaparkan, ia mungkin belum dimuat naik oleh urus setia.

Jika dipaparkan mesej seperti “Templat sijil belum tersedia”, ini bermaksud sijil belum diaktifkan oleh urus setia. Sila semak semula selepas program tamat atau apabila sijil telah dikeluarkan. Pastikan juga kehadiran anda direkodkan mengikut keperluan program.

Pada Dashboard, pergi ke seksyen Kaji Selidik Kursus. Jika kaji selidik telah dibuka, klik butang Jawab Kaji Selidik. Halaman soalan akan dipaparkan — pilih jawapan untuk setiap soalan dan hantar/submit mengikut butang yang disediakan. Jika butang tidak dipaparkan, kaji selidik mungkin belum dibuka atau telah ditutup.

Cuba langkah berikut:
  • Refresh halaman (Ctrl+F5).
  • Guna pelayar lain (Chrome/Edge) atau kemas kini pelayar.
  • Buang cache dan cookies untuk portal.
  • Cuba rangkaian internet lain jika capaian perlahan.

Untuk sebarang isu atau pertanyaan, sila hubungi pasukan sokongan/urus setia melalui borang hubungan di laman web atau saluran komunikasi rasmi yang disediakan. Jika berkaitan akses akaun, sediakan maklumat seperti Nama, No. Kad Pengenalan/Passport dan Emel untuk memudahkan semakan.